Wednesday, April 30, 2008

Good Luck For You Mid Term Exam

To my darling students,
Good Luck for you Mid Term Exam. Study smart. All the best and God bless.
p/s: for those who have not submitted their exercise book. I have to deduct 10 marks ya. And to my darling 4 Finnix, sorry I unable to spend my quality time to revise with you guys regards on the photocopy exercise. But I am sure you be able to score well in you exam.
Much love and respect,
Cikgu Fara

Labels:

Tuesday, April 22, 2008

Latihan Bab 2

Latihan Bab 2: Peningkatan Tamadun

Nyatakan ciri-ciri pemerintahan Negara kota atau polis yang terdapat dalam tamadun Yunani.


- Negara kota dapat didefinisikan sebagai sebuah institsi politik yang merdeka dan bebas dalam menjalankan undang-undangnya sendiri lengkap dengan pasukan tentera dan berpusat di sebuah kota atau Bandar serta mempunyai kedaultananya sendiri. Masayrakat setiap Negara kota itu sentiasa bersatu padu serta sanggup mempertahankan Negara kota lain. Dalam tamadun Yunani terdapat lebih kurang 150 buah Negara kota, tetapi yang lebih menonjol ialah Athens & Sparta
- Setiap Negara kota mempunyai acropolis, iaitu puncak tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan, agora merupakan tempat pertemuan rakyat dan pusat ekonomi bagi sesebuah Negara kota
- Kawasan di luar kota merupakan kawasan pertanian yang menyediakan keperluan makanan kepada penduduk kota
- Setiap negar akota mempunyai Tuhan masing-masing dan purata penduduk berjumlah 40,000 orang
- Negara kota berperanann memelihara ketertiban dalam menyusun masyarakat serta menjamin hak setiap rakyat disamping menlindungi Negara kota daripada ancaman luar
- Setiap Negara kota mengandungi sebuah kta yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan didalam kota terdapat pasat, kubu dan istana

Nyatakan peranan Dewasn Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam tamadun Rom

- Dewan Seant melantik dua orang konsul untuk sesuatu tempoh tertentu. Pelantikan dua orang konsul tidak ada antara mereka yang lebih berkuasa
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul , mereka biasanya seorang praeotor iaitu pemerintah tentera
- Di bawah Dewan Senat adalah Deawn Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom
- Semua keputusan Dewasn Seant akan disampaikan keada Dewan Perhimpunan unuk diluluskan

Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasakna falsafah legalisme dengan prinsip undang-undang berasakan ajara Confusius dalam tamadun China
- legalisme berasaskan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi menjamin keharmonian Negara. Undang-unadng yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang penguatkuasannya harus diperlihara tidak kira dalam apa jua keadaan
- Confucius menekankan keperluan membentuk budi pekerti baik dalam menjaga keharmonian manusia dan masyarakat serta tidak mementingkan kekerasan


Nyatakan sumbangan Alexander the Great dalam perluasan kuasa empayara Yunani
- Meneruskan usaha-usaha perluasana kuasa selepas kematian ayahnya, Raja Philip II
- Berjaya meluaskan empayar Yunani sehingga ke wilayah jajahan Parsi, Mesir, Lembah Tigris dan Euphrates serta Lembah Indus
- Muncul Bandar-bandar dan pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan baru, iaitu Bandar Iskandariah di Mesir
- Menyebarkan kebudauaan Hellenistik – campuran kebudayaan Yunani dan Parsi

Apakah usaha-usaha oleh pemerintah Athens untuk mengembangkan bidang pendidikan
- melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani
- pendidikan sukan, muzik, kesusateraan, seni orator, membaca dan menghafal dititikberatkan
- menubuhkan banyak sekolah sehingga berjaya melahirkan goongan sofus serta, ahli falsafah seperti Plato, Aristote dan Socrates

Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah?
- Herodotus merupakan Bapa Sejarah di samping ahli falsafah yang terkenal
- Menghasilkan karya History of Persian Wars

Jelaskan maksud Hukum Karma dalam Agama Hindu?
- Hukum karma merupakan kepercayaan penganut agama Hindu yang berkait dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati
- Kelahiran semula adalah bergantung pada karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya iaiu kebebasan mutlak
- Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia
- Seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya