Tuesday, January 22, 2008

Bab 2: Peningkatan Tamadun

Latar Belakang Tamadun

Tamadun Yunani
- Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau2 di sekitarnya
- Bermula dengan pembentukan petempatan manusa di negara kota
- Negara kota Yunani mengandungi sebuah kota yg dikelilingi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
- Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth

Tamadun Rom
- terbentuk di kawassan Bukit Palatine yg terletak berhampiran dgn Sg. Tiber di Lembah Latium
- Masyarakat Latin menduduki Lembah Latium ini
- Bandarnya dibina dengan terancang
- Terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum
- Terdapat sistem saliran bawawh tanah yang menyalirkan air paip sejauh 165km yg melibatkan 14 buah saliran dan terusan

Tamadun India
- Kedatanagn orang Aryan telah membawa satu budaya dan tahap baru kpd masayarakat lembah Indus iaitu Zaman Vedik
- Agama Hindu muncul Zaman Vedik
- Wujud kerajaan Janapada (kerajaan kecil) & Mahajanapada (kerajaan besar)
- Semasa pemerintahan Chandraputa Maurya, semua kerajaan kecil disatukan

Tamadun China
- Pembentukan empayar pertama pada Zaman Dinasti Chin menandakan peningkatan tamadun China
- Shih Huang Ti mengasaskan Dinasti Chin
- Shih Huang Ti berjaya menyatukan seluruh empayar China yang berpecah belah
- Sih Huang Ti juga berjaya memperluaskan jajahan takluknya hingga ke Sg Merah di Vietnam

Aspek-aspek Peningkatan Tamadun

A) Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

- Monarki (Krj yg diperintah oleh raja yg berkuasa mutlak)
- Oligarki (kuasa pemerintah terletak di tangan konsul)
- Aristokrasi ( Pemerinthan oleh golongan bangsawan yg kaya)
- Tirani (Pemerintah zalim yg memperlihat kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya.
- Demokrasi (semua rakyat terlibat)

Tamadun Rom
- Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan (sebelum 509 SM)
- Selepas 509 SM pemerintahan republik diperkenalkan:
Ø 2 org konsul dilantik utk memerintah negara
Ø Konsul dibantu oleh Dewan Senat
Ø Di bwh Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan
Ø Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom

Tamadun India
- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
- Raja berkuasa mutlak
- Golongan Ksyatria merupakan pemerintah tertinggi
- Golongan Brahim berperanan sebagai penasihat raja

Tamadun China
- Negeri China disatukan oleh Shih Hwang Ti dari Dinasti Chin
- Konsep raja ditukar kepada Maharaja
- Golongan birokrasi membantu maharaja dalam pentadbiran
- Maharaja mempunyai kuasa mutlak

B) Sistem Perundangan

Tamadun Yunani
- Undang-undang Yunani digubal oelh Dewan Perhimpunan
- Menurut Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah (cekap dgn undang2)

Tamadun Rom
- Terkenal dgn undang2 yg dipanggil Papan 12
- Terdiri drpd 3 cabang (undang2 rakyat, undang2 sivil & undang2 natural)
- Prinsipnya:
Ø Semua manusai adalah sama disisi undang2
Ø Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah
Ø Keadilan terhadap setiap individu
Ø Hukuman berasakan bukti yg cukup


Tamadun India

- Dharma Sastra merupakan undang2 Hindu yang tertua
- Raja memelihara kesusian dan kedaulatan undang2
- Pada zaman Dinasti Mauray, undang2 maharaja disampaikan sbg titah dan perintah diraja
- Undang2 itu diukir pada tiang batu yg didirikan ditepi jln utk bacaan rakyat

Tamadun China
- berteraskan 2 prinsio iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif
- Berasakan falsafah legalisme yg diperkenalkan oleh an Fei Tzu & diamalkan semasa Dinasti Chin
- Undang2 yang berasakan ajaran Confusion diamalkan pada zaman Dinasti Han

C) Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani
- Raja Philip II berjaya menyatukan kerajaan Macedonia & Yunani
- Alexander the Great berjaya meluaskan empayar ke Parsi, Mesir, Turkistan & Samarkand
- Alexander the Great menyebarkan kebudayanan Hellenistik ke jajahan takluknya

Tamadun Rom
- Pada zaman pemerintahn Augustus Caesar, empayar Rom, meliputi kawasan Britian, Sepanyol, kawasan Siungai Rhine, Danube, laut Hitam, Pergununagn Atlas, Afrika Utara, Mecadonia, sebahagian Truki dan Palestine

Tamadun India
- Chandragupta Maurya meyatukan kerajaan2 kecil dibahagian uatra India
- Anaknya Bindusara meluaskan empayar ke Mysore di bahagian selatan India
- Seluruh India menjadi kawasan takluk Maurya pd zaman pemerintahn Asoka

Tamadun China
- Shih Huang Ti berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China dan memerintah secara autokratik
- Semasa pemerintahn Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti telah berjaya menakluki Sinkinag, Lembah tarim, Tutor, Yang Tze, Kwangsi & Kwang Tung

D) Peningkatan Sosial

Pendidikan

- Di Athen, pendidikan bertujuan melahirkan manusia yg seimbang pencapaian dari segi rohani dan jasmani
- Selain pendidikan, mereka menitikberatkan sukan, muzik, kesusasteraan dan berpidato
- Pendidikan di Sparta mengutamakan latihan fizikal dan latihan ketenteraan
- Pendidikan berkembang di Yunani apabila banyak sekolah falsafah didirikan
- Pendidikan di Rom menitikberatkan aplikasi ilmu dan kesetiaan kpe Rom
- Di India, pendidikan berasakan agama Hindu, iaitu memperlajari kitab2 veda
- Di China, pendidikan terbahagi kepada perinkat rendah (mengenali tulisan ideogram danmenghafal sembilan buku suci tanpa memahami maknanya); peringkat menengah (menekankan bidang sastera dan karangan) dan peringat tinggi (menterjemahkan buku suci)

Falsafah
- Dalam falsafah Yunani, soal nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi menejadi isu perbincangan utama dalam kalangan ahli falasafah
- Ahli falsafah Yunani terkenal ialah Herodotusm Socrates, Plato & Aristotle
- Falsafah Rom berasakan ajaran stoisime iaitu seroang ahli falsafah Yunani
- Falsafah India wujud dalam dua aliran iatu: - Kumpulan yg bersumberkan kitab veda & kumpulan yg bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme & Buddahisme
- Falsafah Cina yg terkenal ialah Condusion, Lao Tze dan Mo Tzu atau Mencius

Seni Bina
- Yunani: pembinaan acropolis dan parthenon
- Rom: pembinaan aqueduct, colloseum & Parthenon
- India: Pembinaan Great Bath & kompleks kuil di Gua Ajanta & gua Ellora
- China: pembinaan Tembok Besar China

E) Peningkatan Ekonomi
- Keadaan bentuk muka bumi yg bergunung-ganang di Yunani menyebabkan pertanian kurang dijalankan
- Org Yunani menjlnkan perdagangan dan perikanan

- Masyarakat India pd zaman Maurya menjlnkan perdagangan antarabangsa dan pengusahan membuat brg kemas
- Masyarakat Cina menjlnkan kegiatan pertanian, perdagangan dan perindustrian membuat barangan daripada logam

Sumbangan Tamadun
- Dasar aspek pemerintahan Tamadun Yunani mewariskan sistem pemerintahn demokrasi manakala tamadun Rom pula mewariskan sistem pemerintahan republik.
- Agama Hindu, Buddha serta ajaran Confuciansime dan Taoisme masih diamalkan sehingga kini
- Falsafah Scorates, Plato, Aristotle, legalisme dan stoisisme masih menjadi sumber rujukan ahli falsafah moden
- Pembinaan Tembok Besar China, colloseum, aqueduct, candi dan pagoda menjadi warisan seni bina yang menjadi contoh pada zaman sekarang
- Sastera Illiad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana, prosa dan puisi masih dibaca dan menjadi rujukan sehingga kini
- Bahasa Sanskrit digunakan dalam agama Hindu dan Buddha manakalan bahasa Latin pula digunakan dlm agama Kristian
- Sains dan teknologi yang berkaitan dengan matematik, perubatan, fizik, astronomi dan seni bina masih digunakan sehingga kini
- Sukan Olimpik masih diadakan 4 tahun sekali.

Kemunculan Agama & Ajaran Utama Dunia

A) Agama Hindu
- Berasal dari India
- Enam aliran iaitu, Saivisme, Asishanisme, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaran & Saura
- 4 veda utama iaaitu Rig Veda, Yajurveda, Artharva Veda dan Samaveda
- Percaya tuhan memiliki 3 fungsi iaitu mencipta (Brahma), memelihara (Vishnu) & membinasa (Siva)
- Percaya kepada hukum karma dan lahir semula
- Matlamat adalah untuk mencapai Moksya

B) Agama Buddha
- Diasakan oleh Siddhartha Gautama
- Kitab suci dipanggil Trpitaka

- Kebenaran Mulia dan Jalan Lapan Lapis Mulia

A) Agama Kristian
- Diasaskan oleh Jesus Christ dari Jerusalem
- Kitab suci aialh Bible yang terbahagi kepada Old Testament dan New Testament
- Agama ini tersebar luas setelah mendapat pengiktirafan daripada Maharaja Constantine

B) Agama Islam
- Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w
- Kitab suci ialah Al-Quran
- Menitikberatkan akidah & syariah
- Umat Islam patuh pada Rukun Islam & Rukun Iman

C) Confucianisme
- Diasaskan oleh Confucius
- Ajaran menitikberatkan prinsip moral yg tinggi iaitu perikemanusiaan (Ren), kesusilaan (li) & ketaatan kpd ibubapa (Xiao)
- Untuk mencapai ketinggian moral, seseorang itu harus menerima pendidikan

D) Taoisme
- Diasaskan oleh Lao Tze
- Kitab suci dipanggil Tao Te Ching
- Menitikberatkan Tao iaitu ”jalan” kerana setiap tindakan ditentukan oleh Tao
- Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang telah berlaku atau dipanggil wu-wei.

Rumusan
Peningkatan perkembangan dalam bentuk pemikiran dan kemahiran menyebabkan peningkatan tamadun yangg menggambarkan bahawa manusia sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kehidupan yang sedia ada.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home